Bukankah indah jika anda boleh mengekspresikan emosi serta jiwa halus anda melalui muzik. Tetapi anda mempunyai satu masalah iaitu tidak tahu bermain alat muzik. Jadi pada post kali ini penulis akan beri tutorial untuk belajar piano secara basic.Objektif post ini adalah supaya anda mampu untuk memainkan lagu dengan piano setelah anda habis membaca post ini.
Baiklah mula-mula sekali anda perlu tahu basik key di piano. lihat gambar di bawah ini:
Ok sekarang mari belajar tentang asas pembinaan kord di piano. Kebanyakan lagu menggunakan kombinasi kord major dan minor.Kesilapan utama bagi kebanyakan orang yang baru belajar piano atau gitar ialah mereka menghafal kord tetapi tidak tahu asas membina kord. Jadi banyak kord yang perlu dihafal tetapi jika anda tahu asas pembinaan kord, anda boleh bermain kord apa sekalipun tanpa perlu menghafalnya,
Ok apa itu kord? Kord ialah kombinasi 3 not yang dimainkan secara serentak. Secara asasnya ada 2 jenis kord yang selalu dimainkan iaitu Major dan Minor. Di piano Kord selalunya dimainkan dengan jari 1,3 dan 5.lihat gambar dibawah.
Jadi untuk membina kord jari kanan no 1 letakkan di not kord tersebut. contohnya jika anda mahu membina kord C major, letakkan jari 1 di not C. Lihat gambar di bawah:
Jadi formula untuk membina kord major adalah '4-3'. Apa itu? itu adalah jarak antara not.Cuba lihat contoh diatas. untuk C major , not E jaraknya adalah 4 not dari C dan not G jaraknya 3 not dari E. Jadi jari 1 pada C, jari 3 pada E, dan jari 5 pada G.
Ok sekarang anda pula cuba. cuba bina kord F major. Gunakan formula di atas... anda berjaya membina kord tersebut? sila cek dengan gambar di bawah samada anda betul atau tidak.
Jadi menggunakan formula yang sama, jari pertama di F, 4 not dari F iaitu A di jari ketiga,dan 3 not dari A iaitu C di jari kelima.
Ok sekarang mari kita belajar membina kord minor pula. Formula untuk membina kord minor ialah '3-4'. Cuba lihat contoh C minor dibawah:
Seperti yang anda lihat dalam gambar diatas, jari pertama di C, 3 not dari c iaitu Eb di jari 3 dan 4 not dari Eb iaitu G di jari 5. Ok sekarang anda telah mengetahui asas-asasnya, sekarang anda kena lakukan practikalnya. dibawah ini ada kord bagi lagu sonata musim salju nyanyian Hazami. jadi anda boleh cuba memainkan lagu ini di piano. Anda tiada piano? anda boleh cuba memainkan piano flash yang berada di akhir post ini, mungkin feelnya tidak sama seperti memainkan piano biasa tapi at least anda boleh mempraktikkan pembinaan kord yang anda baru belajar ini
Tidak ada komentar:
Posting Komentar